Pages

Monday, 2 December 2013

Taekwondo



Taekwondo (atau pun Tae Kwon Do) merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur. Ia berasal dari Korea, telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 (salah satu daripada dua seni bela diri Asia, satu lagi ialah Judo).
Dalam bahasa Korea, Tae bermakna "menumbuk"; Kwon bermakna "menendang"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".
Taekwondo mempunyai beberapa warna talipinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni bela diri ini.

  • Putih
  • Kuning
  • Hijau
  • Biru
  • Merah atau Coklat
  • Hitam
Setiap tali pinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke pangkat seterusnya. Talipinggang hitam mempunyai 9 peringkat bagi ITF dan 10 peringkat bagi WTF. Peringkat atau pangkat bagi tali pinggang hitam dipanggil "Dan". Pemegang 10 Dan hanya ada 5 orang sahaja di dalam dunia dan mereka semuanya berketurunan Korea.
Apabila seseorang itu mencapai peringkat 4 Dan, mereka layak untuk membuka kelas atau akademi sendiri. Di Malaysia terdapat beberapa persatuan Taekwondo tempatan yang bernaung di bawah beberapa persatuan Taekwondo antarabangsa, antaranya:
Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF dan GTF adalah matapelajarannya. WTF banyak mementingkan aspek kesukanan di mana ia telah diiktiraf oleh Majlis Olimpik dan telah menjadi salah satu acara di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 iaitu Sukan Olimpik di Sydney, Australia.
ITF dan GTF pula banyak mementingkan aspek kesenian. Tidak seperti WTF, kedua-dua persatuan ini ingin mengekalkan kesenian Taekwondo yang berusia beribu-ribu tahun dan tidak hanya untuk mengutip mata apabila sesuatu pertandingan diadakan.

3 comments:

  1. Roulette Online – Best Betting Sites in the UK 2021
    Best Casino Sites in the UK luckyclub.live 2021 · 1. Betway UK · 2. Betway Casino UK · 3. Royal Ace Casino · 4. Bovada – Best for sports betting · 5. Bovada –

    ReplyDelete