Taekwondo (atau pun
Tae Kwon Do) merupakan
seni
bela diri Korea yang paling masyhur. Ia berasal dari
Korea, telah
diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima
tentera Korea Selatan. Ia merupakan
sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di
Sukan
Olimpik sejak tahun 2000 (salah satu daripada dua seni bela diri Asia, satu
lagi ialah
Judo).
Dalam
bahasa Korea,
Tae bermakna
"menumbuk";
Kwon bermakna "menendang"; dan
Do
bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah
diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".
Taekwondo mempunyai beberapa warna talipinggang yang menunjukkan peringkat
atau pangkat seseorang pengamal seni bela diri ini.
- Putih
- Kuning
- Hijau
- Biru
- Merah
atau Coklat
- Hitam
Setiap tali pinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke
pangkat seterusnya. Talipinggang hitam mempunyai 9 peringkat bagi ITF dan 10
peringkat bagi WTF. Peringkat atau pangkat bagi tali pinggang hitam dipanggil
"Dan". Pemegang 10 Dan hanya ada 5 orang sahaja di dalam dunia dan
mereka semuanya berketurunan Korea.
Apabila seseorang itu mencapai peringkat 4 Dan, mereka layak untuk membuka
kelas atau akademi sendiri. Di Malaysia terdapat beberapa persatuan Taekwondo
tempatan yang bernaung di bawah beberapa persatuan Taekwondo antarabangsa,
antaranya:
Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF dan GTF adalah matapelajarannya. WTF
banyak mementingkan aspek kesukanan di mana ia telah diiktiraf oleh Majlis
Olimpik dan telah menjadi salah satu acara di Sukan Olimpik sejak tahun 2000
iaitu Sukan Olimpik di Sydney, Australia.
ITF dan GTF pula banyak mementingkan aspek kesenian. Tidak seperti WTF,
kedua-dua persatuan ini ingin mengekalkan kesenian Taekwondo yang berusia
beribu-ribu tahun dan tidak hanya untuk mengutip mata apabila sesuatu
pertandingan diadakan.